Friday, July 27, 2012

Bina Empayar USD5 Anda Di Fiverr

Fiverr adalah sebuah laman web yang menyediakan tempat kepada anda menjual produk, menawarkan servis atau apa saja dengan kadar harga USD5. Tawarkan apa sahaja yang sanggup anda lakukan untuk bayaran berjumlah USD5.

Ianya nampak cukup mudah dan senang. Tetapi tidak ramai yang memanafaatkan peluang menjana pendapatan dalam US Dollar di laman Fiverr secara optimum dan efektif. Terdapat potensi yang cukup luas untuk 'dimanupulasikan' apa yang ditawarkan di laman web Fiverr untuk anda nikmati. Pengguna Fiverr yang kreatif mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan hanya menawarkan servis ringkas kepada para pelanggan dengan dibayarj sebanyak USD5.


Jika anda hanya menyediakan 1 gigs yang menawarkan produk atau servis di laman Fiverr dan menantikan order dari pelanggan, anda bakal terlepas banyak peluang mudah menjana USD5 di Fiverr. Peluang gigs anda berada di muka depan Fiverr yang menjadi tumpuan ramai adalah sangat tipis. Secara tidak langsung mengecilkan peluang anda menarik pelanggan dengan tawaran servis yang anda iklankan. Tanpa traffic ke gigs anda bermakna tiada hasil. Seperti mana peluang-peluang menjana pendapatan secara online secara mudah dan ringkas, ianya memerlukan sesuatu yang unik dan kreatif. Paling penting mempunyai permintaan. Tanpa permintaan, gigs yang anda iklankan bakal berkubur. Jadi anda perlu fikirkan formula dan teknik terbaik untuk menarik traffic ke gigs anda dan menukarkannya kepada USD5 untuk setiap traffik. Sukar dan mustahil ? Tahukah anda terdapat IM tempatan yang menjana pendapatan lumayan dengan menawarkan servis/perkhidmatan yang mudah dan ringkas di Fiverr.

Pelbagai teknik dan formula berkaitan teknik menjana wang di laman Fiverr telah dibongkarkan oleh otai-otai Fiverr. Pelajari teknik dan formula yang mereka kongsikan. Ada yang berbayar. Namun caj yang dikenakan tidaklah terlalu tinggi. Dengan ilmu dan kemahiran yang anda akan perolehi, dalam masa singkat kos pembelian teknik atau formula Fiverr dapat diperolehi semula. Dengan syarat mengikut apa yang diajar dan berusaha. Anda juga boleh berkongsi info tentang Fiverr secara percuma melalui ruangan diskusi tentang Fiverr di laman forum wangcyber. Ramai otai Fiverr yang sudi meluangkan masa menjawab dan berkongsi teknik menjana US Dollar secara percuma di ruangan perbincangan tersebut. Kepelbagaian teknik atau formula untuk anda gunakan. Yang penting belajar dan berusaha melakukannya.

Servis yang berkualiti juga bakal memberi potensi besar untuk anda di Fiverr. Jika pelanggan berpuas hati dan memberikan feedback yang positif tentang servis yang anda tawarkan, secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti dan tahap kepercayaan pelanggan lain untuk turut sama menggunakan servis yang anda tawarkan di laman Fiverr. Jangan ambil mudah untuk setiap order yang anda perolehi. Teori pemasaran mengatakan 'pelanggan adalah raja'. Berikan yang terbaik kepada pelanggan anda. Anda mungkin memperolehi pelanggan tetap dan mampu membina sebuah empayar servis anda di Fiverr. Menarik bukan? Mulakan membina empayar anda di Fiverr hari ini!

No comments:

Post a Comment