Wednesday, August 8, 2012

5 Idea Servis Untuk Gigs Anda Di Fiverr

Menjana US Dollar dari laman Fiverr dilihat agak mudah dan senang jika pendekatan yang digunakan adalah betul. Tetapi jika pendekatan yang salah diambil, ianya boleh menjadi sesuatu yang sukar bagi memperolehi satu order bernilai USD5 di Fiverr. Jadi fikir dan rancang terlebih dahulu servis yang ingin anda tawarkan di Fiverr.

Tidak tahu servis untuk ditawarkan di laman Fiverr? Baiklah, di sini saya kongsikan beberapa idea yang boleh anda kembangkan untuk servis/perkhidmatan yang mudah dan ringkas di Fiverr :
1-Servis berkaitan pengiklanan
i-Postkan URL link laman web atau blog di Facebook, Fan Page atau Twitter
ii-Postkan URL link laman web atau blog di laman sosial seperti Folkd, Bibsonomy, Digg dll.
iii-Pakai baju/t-shirt atau topi yang tertulis nama pelanggan, laman web pelanggan atau mesej ringkas yang pelanggan inginkan.
iv-Memegang sekeping kertas yang tertera nama pelanggan, URL link, nama syarikat atau mesej ringkas dengan berlatar belakangkan bangunan atau pemandangan yang menarik. 
v-dll

2-Servis berkaitan penulisan
i-Servis membuat artikel dengan 400-500 patah perkataan mengikut niche tertentu
ii-Servis spin/re-write artikel ( penggunaan perisian/software ) 
iii-Penulisan artikel review atau testimonial 
iv-dll

3-Servis berkaitan kemahiran grafik 
i-Buat logo, banner untuk laman web 
ii-Buat e-cover untuk e-book
iii-Design background untuk akaun twitter
iv-Penggunaan software Adobe Photoshop untuk pelbagai teknik berkaitan gambar
v-Design laman web, blog dll

4-Servis backlink & SEO
i-Guna software percuma atau berbayar untuk membuat laporan backlink
ii-Social bookmark laman web & blog pelanggan
iii-Membuat komen di laman web/blog
iv-Servis SEO kepada pelanggan
v-Tutorial tentang SEO
vi-Servis mencari keyword
vii-dll

5-Servis berkaitan penyediaan video
i-Menyediakan video pendek tentang produk & perkhidmatan
ii-Menyediakan video pendek tentang laman web, syarikat dll
iii-Menyediakan video mengikut apa yang pelanggan inginkan
iv-Servis edit video

Kesimpulannya pelbagai servis/yang boleh anda tawarkan di laman Fiverr dengan kadar harga USD5. Tawaran yang unik dan kreatif pastinya mampu menjana pendapatan US Dollar untuk anda. Apa yang penting ratio tempoh masa tugasan servis:harga diambil kira agar servis yang anda tawarkan mampu menjana pendapatan US Dollar secara optima dan efesien. Elakkan menawarkan servis yang memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Pastikan servis berbaloi untuk diri anda. Selamat menjana pendapatan di Fiverr!

No comments:

Post a Comment