Wednesday, August 8, 2012

4 Servis Paling Hot Di Fiverr

Apakah servis paling hot dan mendapat sambutan ramai di Fiverr? Berdasarkan kajian dan pemerhatian, servis yang paling mendapat sambutan dari pengguna laman Fiverr adalah :

- Grafik
- Video
- Pengiklanan
- Penulisan

1-Grafik
Servis berasaskan grafik merupakan antara servis yang paling mendapat sambutan. Antara servisyang ditawarkan ialah seperti membuat logo, banner, latar belakang laman web, latar belakang blog/wordpress, membuat cover e-book, cover software atau perisian, cover CD/DVD dll. Bagi yang mempunyai kemahiran grafik, anda boleh memanafaatkan permintaan tinggi terhadap servis berasaskan grafik di laman Fiverr untuk mendapat order berganda. Dengan hasil kerja yang kreatif, unik dan disukai pelanggan, anda mampu untuk mendapat pendapatan secara berterusan melalui servis yang anda tawarkan. Banyak pilihan yang boleh anda tawarkan dengan kemahiran grafik yang anda miliki.

2-Video
Salah satu lubuk US Dollar di laman Fiverr. Servis video seperti membuat video pendek iaitu berdurasi 60 saat, edit/suntingan video, rakaman video dll. Pelabagai idea kreatif dan unik boleh anda lihat bagi servis video yang di tawarkan di laman Fiverr. Contohnya rakaman selama 60 saat seseorang menyelam di dalam air sambil memegang sekeping kertas yang tertera nama seseorang atau mesej tertentu. Ianya unik dan lain dari yang lain. Servis video yang biasa adalah seperti membuat video tentang sesuatu produk atau perkhidmatan, testimonial, syarikat dll. Servis seperti ini juga mendapat permintaan ramai untuk kadar bayaran USD5. Selain itu servis edit atau suntingan video juga mendapat order yang banyak. Tampilkan idea yang unik dan kreatif untuk servis/perkhidmatan video anda untuk menjana pendapatan secara konsisten di laman Fiverr. 



Jika anda masih belum mempunyai idea untuk menawarkan servis di laman Fiverr, anda boleh mencuba Rahsia Wang Fiverr yang membongkar teknik dan tips bagaimana seorang newbie mampu menjana pendapatan lumayan walaupun tanpa kemahiran seorang pakar. Jom klik Rahsia Wang Fiverr. 

3-Pengiklanan
Servis pengiklanan antara gigs yang paling banyak ditawarkan di laman Fiverr. Pelbagai idea pengiklanan yang unik dan kreatif ditawarkan. Skop servis pengiklanan adalah luas dan pelbagai cara boleh digunakan. Apa yang penting di Fiverr adalah gigs yang dihasilkan mestilah menawarkan servis yang unik dan kreatif. Contohnya anda memegang sekeping kertas tertulis nama seseorang, nama syarikat atau mesej dan berlatarbelakangkan monumen atau bangunan menarik seperti menara berkembar KLCC, jambatan Pulau Pinang dll. Ianya 1 cara unik dan kreatif. Seseorang memegang sekeping kertas yang tertulis nama syarikat yang berpangkalan di London dengan berlatarbelakangkan bangunan menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia.

4-Penulisan
Servis penulisan juga boleh membantu anda menjana pendapatan US Dollar secara konsisten di laman Fiverr. Pelbagai cabang servis penulisan yang boleh ditawarkan di laman Fiverr. Antaranya ialah menulis 1 artikel dengan 400-500 patah perkataan. Pilihan niche artikel bergantung kepada pelanggan. Atau penulisan artikel reviu sesuatu produk, perkhidmatan, syarikat atau laman web. Selain itu, terdapat software yang berfungsi sebagai 'article spinner/re-write' yang boleh menukar artikel asal kepada artikel lain yang unik. Dengan penggunaan software ini, anda boleh menawarkan servis spin artikel. Tugas itu dilakukan oleh software. Mudah bukan? 

Artikel berkaitan : 
Software Penjana Income Automatik Di Fiverr

Apa yang dinyatakan di atas, adalah antara servis yang mendapat sambutan di Fiverr. Fikirkan secara kreatif untuk menawarkan servis di laman Fiverr untuk mula menjana pendapatan secara US Dollar. 
Jom berFiverr!! 

No comments:

Post a Comment