Friday, July 27, 2012

Software Penjana Income Automatik Di Fiverr

Tahukah anda terdapat software atau perisian yang boleh membantu anda menjana pendapatan secara automatik di laman Fiverr? 
Seperti yang anda ketahui, laman Fiverr merupakan satu tempat untuk sesiapa sahaja menawarkan apa sahaja produk atau perkhidmatan dengan harga 5 US Dollar. Dengan memiliki software atau perisian tertentu, anda boleh memanafaatkannya dengan menjadikan ianya sebagai mesin penjana wang secara automatik anda di Fiverr. 

Mungkin software atau perisian sedemikian adalah berbayar. Tetapi terdapat juga software atau perisian percuma yang boleh anda manafaatkan untuk merebut peluang menjana pendapatan US Dollar di laman Fiverr. Jika software atau perisian tersebut berbayar, anda boleh menganggap bayaran untuk mendapatkannya sebagai satu bentuk pelaburan. 

Software atau perisian itu bukan sahaja untuk kegunaan sendiri sahaja, malah membuka peluang untuk anda menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr. Apabila anda berjaya memperolehi beberapa order, kos pembelian software atau perisian tersebut dapat ditampung dan anda akan mula memperolehi hasil dari pelaburan anda mendapat software atau perisian tersebut.

No comments:

Post a Comment