Friday, July 27, 2012

Apakah Software Yang Dapat Membantu Anda Di Fiverr?

Andakah sudah dapat idea untuk menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr dengan menggunakan software atau perisian yang dapat membantu anda menjana pendapatan secara US Dollar secara automatik? 


Terdapat pelbagai software atau perisian yang membantu memudahkan kerja-kerja. Antaranya software atau perisian yang mempunyai fungsi mendaftar laman web atau blog anda ke pelbagai direktori secara serentak. Anda tidak perlu lagi menggunakan cara manual yang memakan masa. Dengan software atau perisian begini, ianya mengambil alih tugas anda mendaftar laman web atau blog anda ke ratusan atau ribuan laman direktori. Mudah dan menjimat masa serta tenaga anda. Selain membantu anda untuk kerja-kerja begitu, anda boleh menggunakan fungsi tersebut untuk menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr. Servis yang anda tawarkan itu berfungsi 100% secara automatik dengan bantuan software atau perisian tersebut. Mudah, jimat dan menguntungkan. 

Terdapat pelbagai pilihan software atau perisian yang boleh menjadi mesin penjana wang automatik anda di Fiverr.

Selain itu terdapat juga laman web yang menyediakan servis berasaskan penggunaan software atau perisian. Contohnya servis menghantar artikel anda ke ratusan atau ribuan direktori artikel dengan kadar bayaran tertentu. Biasanya kadar bayaran yang dikenakan adalah dengan kadar bayaran bulanan. Katakan anda melanggan servis ini bagi tujuan penghantaran artikel anda. Dalam situasi ini, anda boleh mengiklankan servisseperti ini di laman Fiverr. Dengan beberapa order dari perkhidmatan ini, sekurang-kurangnya boleh menampung separuh kos bayaran bulanan langganan anda. Anda tidak perlu melakukan servis tersebut, ianya diuruskan oleh pengendali laman web tersebut. Ianya juga salah satu cara menjana pendapatan di Fiverr secara automatik.

No comments:

Post a Comment