Friday, July 27, 2012

Apakah Fiverr?

Pernahkah anda mendengar tentang fiverr.com?

Tahukah anda laman fiverr menyediakan peluang untuk anda menjana pendapatan USD secara online? 





Fiverr adalah sebuah laman web yang menyediakan tempat kepada anda menjual produk, menawarkan servis atau apa saja dengan kadar harga USD5. Tawarkan apa sahaja yang sanggup anda lakukan untuk bayaran berjumlah USD5.


Jika anda ingin merebut peluang menjana pendapatan dalam US Dollar, anda boleh bertindak sebagai penjual di laman Fiverr dengan menawarkan apa jua produk atau servis dengan kadar harga USD5. Tawarkan apa jua yang anda miliki – produk, bakat dan terutamA sekali kemahiran anda. Pastikan ianya berbaloi pada kadar harga USD5! Iklankan tawaran anda di Fiverr kepada prospek/pembeli di laman Fiverr. Antara servis/perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di laman Fiverr adalah seperti kemahiran grafik, programming, penulisan artikel dan servis SEO

Untuk bermula di Fiverr, anda hanya perlu mendaftar akaun fiverr secara percuma. Pastikan anda membaca dan memahami syarat, terma dan peraturan yang ditetapkan oleh pengendali Fiverr agar tidak menawarkan produk atau servis yang tidak dibenarkan. Anda boleh juga merujuk bahagian FAQ untuk info lebih lanjut berkaitan dengan Fiverr. Pastikan anda memahami syarat,terma dan peraturan yang ditetapkan sebelum mula menyediakan gigs pertama anda di Fiverr. Jika melanggar terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan, akaun Fiverr anda boleh disenaraihitamkan atau dibatalkan.

No comments:

Post a Comment