Saturday, August 4, 2012

Ketahui Ciri-Ciri Gigs Terlaris Di Fiverr

Telah ramai IM yang berjaya menjana pendapatan yang memberangsangkan dan berterusan melalui laman Fiverr. Untuk menjana pendapatan sehingga USD5000 sebulan di laman Fiverr tidak mustahil untuk dicapai. Bayangkan 1 order bernilai USD5. Untuk mendapat USD5000  anda memerlukan sekurang-kurangnya 1000 order setiap bulan! Jumlah yang agak besar. Katakan 1 order memerlukan masa 30 minit untuk disiapkan. Untuk menyiapkan 1000 order anda memerlukan tempoh masa 30,000 minit bersamaan 500 jam! Perghhhh.... berbaloi-baloi...dari membazir masa ber'FB' semata-mata.

Jadi kita gunakan peluang yang ada di Fiverr sebagai salah satu alternatif sumber pendapatan secara pasif. Oleh itu untuk mengambil peluang yang ada di laman Fiverr secara efisen dan bijak, kita mestilah menawarkan servis yang boleh disiapkan dalam tempoh masa kurang dari 10-15 minit. Makin kurang tempoh masa, makin baik. Jangan sesekali menawarkan servis yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana kadar harganya adalah USD5 untuk setiap order.

Persoalannya apakah ciri-ciri gigs terlaris di Fiverr yang mampu menghasilkan order yang banyak dan memerlukan masa yang singkat, kurang dari 10-15 minit untuk disiapkan dan dihantar kepada pelanggan. Jadi anda perlu membuat kajian trend yang wujud dalam pasaran Fiverr. Melalui kajian yang anda lakukan, anda akan dapat mengenalpasti gigs yang mendapat permintaan yang banyak dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Kajian ini penting untuk mengelakkan anda dari menawarkan gigs yang tiada permintaan dan tidak laris di Fiverr.

Bagaimana hendak membuat kajian pasaran di Fiverr? Anda boleh gunakan data-data atau maklumat yang terdapat di laman Fiverr. Contohnya gigs yang mempunyai riben 'FEATURED' biasanya gigs yang unik, tetapi tidak semestinya mendapat order yang banyak. Lihat ciri-ciri gigs yang mengandungi riben tersebut. Terdapat 4 gigs paling atas di laman utama Fiverr yang mempunyai riben 'FEATURED'. Apabila gigs anda berada dikedudukan sedemikian, ianya mempunyai potensi yang cukup besar untuk menarik banyak trafik melihat gigs tersebut. Secara tidak langsung, order untuk gigs tersebut boleh meningkat berbanding gigs yang berada di laman ke-2,ke-3 dan seterusnya.

Melalui kajian yang anda lakukan untuk mengetahui trend pasaran Fiverr, anda akan beroleh idea untuk gigs anda. Jadi sebelum anda mengiklankan gigs anda di Fiverr, mulakan langkah pertama dengan melakukan kajian trend pasaran Fiverr untuk mengetahui ciri-ciri gigs terlaris di Fiverr . Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment